Melaka Bandaraya Bersejarah terkenal dengan tempat-tempat menarik yang harus dikunjungi bagi mereka yang pertama kali sampai di negeri "Hang Tuah" ini.
Tempat-tempatnya adalah:
1. Bandar Hilir, di mana merupakan tumpuan bagi pelancong-pelancong dari dalam negara mahupun luar negara yang datang ke Melaka. Antara muzium-muzium yang boleh dilawati di Bandar Hilir adalah; Muzium Islam Melaka, Istana Kesultanan Melaka, Kompleks Muzium Stadthuys, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Muzium Samudera, Muzium Baba dan Nyonya, Muzium Pemerintahan Demokrasi, Muzium Senibina dan Muzium Setem.
2. Menara Taming Sari. Dari ketinggian 80 meter, perkhidmatan ini menawarkan pemandangan yang menakjubkan dan panorama Melaka UNESCO World Heritage City dan yang jauh dengan pelbagai tempat yang menarik seperti Bukit St. Paul , Bangunan Memorial Kemerdekaan, Muzium Samudera dan kapal, Flor De La Mar , Dataran Pahlawan , Masjid Selat Pulau , Pulau Besar dan Selat Melaka. Selain anda juga akan melihat tempat pembangunan mengambil cepat dan pesat di negeri ini.
3. Taman Buaya Melaka. Di taman kecil ini, anda boleh melihat lebih 100 ekor buaya yang dikumpulkan dari seluruh dunia. Antara buaya yang dipelihara di sini termasuklah buaya Jenjulung dan Tembaga yang boleh didapati di sungai negara ini serta buaya March Mugger dari India dan Alligator dari Amerika Syarikat. Jika dahulu taman ini hanya memuatkan buaya, kini ia juga mempunyai taman air untuk kanak-kanak. Jadi jangan lupa bawa baju persalinan jika anda ada anak kecil.
4. Klebang Original Coconut Shake. Salah satu tempat yang harus dikunjungi bagi mereka yang bergelar 'food hunter'.
5. Zoo Melaka, ditubuhkan sejak 1963 di bawah penjagaan kerajaan Negeri Melaka telah diswastakan pada awal 2013 di bawah nama 'Melaka Zoo and Night Safari'. Zoo dengan keluasan 54 ekar ini merupakan kedua terbesar di Malaysia di bawah pengurusan baru Konsortium KKW Sdn Bhd akan memperlihatkan transformasi zoo untuk konsep terbuka di pameran haiwan, meningkatkan program program pendidikan hidupan liar, pembiakan haiwan dan pemuliharaan dan membuat zoo untuk menjadi kawasan rekreasi.
6. MITC, merupakan tempat yang sering kali diadakan karnival atau festival yang besar. Di sekitarnya juga terdapat Mydin MITC, Planetarium Advanture Science Centre dan Melaka International Bowling Centre.
7. Tol Ayer Keroh, merupakan tol terdekat bagi mereka yang menggunakan lebuh raya untuk sampai ke Hayysuri Homestay, Melaka.
8. Melaka River Cruise. Perjalanan dengan perkhidmatan bot ini akan melalui beberapa kawasan menarik dengan permandangan yang menarik. Menyusuri Sungai Melaka ini, pengunjung akan melewati, Kampung Morten, Pirate Park, Ghost Bridge of Melaka, Kampung Jawa, Menara Jam dan Jonker Walk.
9. Dataran 1 Malaysia (Klebang), kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai untuk bersantai.